26Oktober....

Pertama dan mungkin terakhir kami...

''BERCINTA'' dalam hujan

Salam pada manusia KHALIFAH istimewa...


NotaJari:Hujan itu rahmat dari ''DIA''..


******

Pernah merasai kenikmatan 'bercinta' dalam hujan?Amat mengasyikkan tatkala diselimuti dengan bunga-bunga cadar satin.Jika mahu lebih mood,sila layan lagu ini....hehehe...Tubuh pulak seperti 'udang kena bakar'.Lagilah syok!!

Tak endahkan gelap diluar yang semakin muncul mentari pagi.Jam yang dikunci,lantaklah berbunyi walaupun membisingkan telinga.'CINTA' dalam hujan lebih penting.Selimut makin ketat dipeluk tubuh.Ayam jantan mengalunkan suara gagah tanpa pedulikan sesiapa pun.Azan Subuh sayup-sayup kedengaran memanggil penghuni alam.Sudah...sudah...bangun!!Sambung saja 'bercinta' dalam hujan lain hari....ngee~Love Drops

p/s:Korang paham tak?hik3...

Berebut nak jadi KETUA KAMPUNG...

Salam pada manusia KHALIFAH istimewa..

NotaJari:Dah dah,jangan pikir pasal dia lagi...

******

Balik ke kampung raya haji lepas,macam-macam cerita yang kurang enak penulis dengar dari mak.Penulis geleng kepala.Kampung yang seceruk macam tu pun ada masalah sosial seperti di bandar.Bila pengaruh luar menusuk dalam otak,maka akal tidak lagi berfungsi dengan baik.Menetap di pekan kecil tapi sudah rosak akhlak.Itu belum lagi tinggal di kota besar seperti KL yang mengundang 1001 macam anasir-anasir yang belum tentu 100% ada baiknya.

Berebut untuk menjadi KETUA KAMPUNG lain lak halnya.Entah apa yang ada pada jawatan itu,sampaikan masing-masing berebut,penulis pun tak tahu.Mungkin mahu gah nama sebagai Ketua Kampung.Ke sana sini yang kunun-kununnya bekerja untuk penduduk tapi kemajuan tidak ada langsung.Rasanya tiada perubahan di kampung penulis langsung walaupun ketua kampung saling bertukar rupa.Hanya ''cap mohor'' je yang hebat di kertas putih.Bila memohon apa-apa yang berkaitan dengan perihal kehidupan tanpa melalui ketua kampung,dimarah pulak.Apa kesss???

Orang kampung yang lama menetap diketepikan sebarang bantuan.Rumah sempurna sedikit tapi berhutang dianggap senang lenang.Ada ke patut?Jawab jawab!!!Berebutlah selagi rasa ingin ada hajat dihati untuk berjawatan.Buat malu kampung sebelah jeee...haish...kampungku..kampungku....ngee~


p/s:Biar penulis yang jadi Ketua Kampung..tamat!!!

Marahnyeeee..!!

Salam pada manusia KHALIFAH istimewa..


NotaJari:Sessi melepas geram kesumat!ngee~

******

Buang masa menunggu bas yang silap tempat.Ada ke patut platform yang sepatutnya untuk bas ke Kajang digantikan dengan bas xpress!!Tunggu punya tunggu,alih-alih yang sampai bas xpress ke JOHOR BAHRU.Satu jam lebih penulis menunggu di platform 25.Kot ye pun nak letak untuk bas xpress,buang ke...cabut ke...papan tanda untuk ke Kajang tu.Ni tak,masih terpampang lagi.Bikin confused orang jeee!!Haish...marah ni!!

Nak berjalan ke stesen komuter,kaki dah penat.Sabar jelah.Bila dah bas xpress dok parking kat situ,penulis pusing-pusing sekitar terminal 1.Akhirnya,penulis terjumpalah bas yang akan menuju ke Kajang di platform yang lain(platfrom 13 kot).Bukan penulis saja yang mengalami situasi tadi,orang lain pun sama.Bas...bas....penulis nak marah sape ni?Bas ke...bus driver ke...syarikat bas tu ke.....???


p/s:Tambang bas semakin mahal!!

Silap tingkat!!

Salam pada manusia KHALIFAH istimewa...


NotaJari:Kekenyangan rendang+nasi himpit+lemang...ngee~

******

Khamis lepas,penulis ditugaskan ke Hospital Serdang untuk menghantar sampel darah.Tak pernah buat sebelum ni tapi disebabkan klinik tidak cukup ''kaki dan tangan'' penulis gagahkan diri jugak.I'm going with ''abang driver'' yang memanggil penulis dengan nama as ERMA.Not so may name ok abang!!hehehe....Sampai di sana,penulis terjah ke lobi.Ringankan mulut bertanya di mana harus kami hantarkan sampel darah tadi.Kemudian,kami diarahkan ke tingkat 3.Unit PATOLOGI ada di sana.Punyalah jauh kami menapak dari lif tadi.Dah rasa macam hujung dunia...

Selesai urusan yang hanya 5 minit,kami beredar dari situ.Kembali ke lif semula.Penulis turun dulu sebab ''abang driver'' mahu singgah ke bilik termenung.Confident je nak turun sensorang.Penulis tekan butang 1.Sedia untuk keluar.Bila langkah keluar dari lif,penulis hairan.Kenapa lain macam je tempat ni.Tak ramai orang pun.Laluan sunyi sepi.Mesti silap ni..Penulis cakap sendiri.

Masuk semula lif.Tekan butang 2.Kali ni penulis selamat sebab betul!!hik3...


******

Di Klinik(11 am)

''Eh kak,masa aku kat hospital tadi,aku silap tekan.Lupa pun ye gak.Alih-alih aku sampai tingkat 1.'' ceritaku pada si A.


''Bukan ke tingkat 1 tu bilik mayat!'' balas si A.


''Haaaaa...betul ke kak?Kau jangan main-main.'' penulis terkejut.


''Betul lah.'' sambung si A lagi.

Penulis sedikit terkejut(padahal seram sejuk dah) sebab tak sangka tingkat 1 tu bilik mayat.Patutlah sunyi sepi je.Nasib baiklah,penulis jalan tak terus menonong ke mana-mana masa tu.Cuma selangkah dua sebab dah rasa salah tingkat..Haish...lain kali kena ingat betul-betul di mana tempat yang betul.ngee~


p/s:Rindu pada dia...

Bakal Hilang!!

Salam pada manusia KHALIFAH istimewa..

NotaJari:Sedang melayan lagu ini.

******

Tiada mood untuk menulis entri yang panjang berjela.Cuma penulis bakal hilang sesuatu depan mata!!Apakah yang bakal hilang...???Hmmm...secret!ngee~
Kehilangan itu bukan gembira.....



p/s:SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA..(*_^)

Termakan Tempoyak!!

Salam pada manusia KHALIFAH istimewa..


NotaJari:Dating dengan 5 orang sekali hari ni..ngee~


******

Hari ni penulis berjimat sebab tak perlu makan di kedai,sebaliknya penulis menjamu selera di rumah sepupu.Dia sendiri yang masak.Penulis hanya menjadi penanti di ruang tamu.Jam 1 tengah hari,dia panggil penulis.

''Kakak,jum makan!'' ajak dia.

Penulis menukar posisi dari ruang tamu ke meja makan di dapor.Bukan selalu dapat makan makanan yang dia masak.Kiranya macam lucky day penulis hari ni.Sedang sedap-sedap menikamati hidangan depan mata...

''Ni ikan masak singgang kan?'' tanya penulis.

''A'ah.Tapi ada satu bahan spesel.'' jelas dia.

Penulis terhenti makan.(masa tu dah tambah untuk 2nd time)..hehehe.......

''Taruk temppoyak eh?'' penulis syak wasangka.

Sepupu penulis hanya senyum.

''Patutlah lagi tadi saya macam ada rasa lain je'' penulis buat muka blur.

''Awak tak makan tempoyak ke?'' tanya dia lagi.

''Tak.Kalau mak saya masak ikan gulai tempoyak,dia asingkan semangkuk untuk saya'' terang penulis.

Nasik yang hanya tinggal sesuap dua,penulis habiskan jugak.Apa lak kata dia nanti kan?Telan jelah...hik3...


******

Penulis memang tak makan tempoyak.Lantaklah kalau ada orang nak kata apa pun.Pada penulis durian hanya untuk makan sebagai buah-buahan.Bukan jadi tempoyak,pastu makan dengan nasik atau campurkan dalam masakan.Lagi satu,dalam bubur kacang pun taruk durian.Adehh.....



p/s: Sebelum makan,siasat bahan-bahan dalam masakan..ngee~

p/s:Terima Qaseh pada my cousins yang sudi masakkan untuk penulis.Sangat-sangat terharu..

Tinggal 3 hengget!!

Salam pada manusia KHALIFAH istimewa..


NotaJari:Nasib tak selalunya ''bertuah''!!


******

Selesai majlis perkhawinan anak kepada salah seorang staff di klinik,penulis mencuci mata sendiri di shopping complex.Lain yang dicari,lain yag dibeli.Itu biasa terjadi kan?ngee~
Seronok berjalan sampai tak sedar duit dalam wallet hampir kehabisan(bukan banyak pun).Asar hampir tiba,penulis mahu pulang.Kaki pun sudah lenguh.Penulis menuju ke tempat teksi.Tiba-tiba....alamak,duit tinggal 3 hengget!!!Mana cukup nak bayar tambang teksi??Adoi-adoi...Gabra dalam slumber..

Kemudian,penulis mencari mesin ATM.Tapi malang sekali sebab ''OUT OF SERVICE''...Bengang tahap gaban!!Cuba call adik penulis tapi tiada jawapan.Lagi tambah bengang.Macam mana ni?Takkan nak mintak si M datang semula?Kesian dia...

Berpikir mencari akal.Sedang berjalan,penulis nampak pakcik guard dan seorang mamat duit sedang memasukkan duit dalam mesin ATM.Arghhhhhhhhhhh...hati lega..hehehe..Bukan penulis saja yang menanti mereka tapi ramai rupanya.Hampir 1 jam jugaklah penulis menanti di situ.Dapat je keluarkan duit,penulis terus cari teksi.Balik...ngee~


p/s:Telefon adik pun tak berbaloi sebab masa tu dia ada di Sarawak!haish...